Simptom, ujian dan maklumat vaksin HPV di Malaysia
Imej Wira

BADAN MANUSIA
ADALAH MESIN
LUAR BIASA

Kenali cara melindungi diri
daripada HPV hari ini

BADAN MANUSIA ADALAH
MESIN LUAR BIASA

Kenali cara melindungi diri
daripada HPV hari ini

Gambar untuk tujuan representasi sahaja

HPV dan Lelaki

Human papillomavirus (HPV) adalah sekumpulan virus yang merangkumi lebih daripada 100 jenis yang berbeza.3 Kira-kira, 40 jenis daripadanya boleh menjangkiti kawasan kelamin dengan membawa risiko penyakit yang berbeza.3

HPV berisiko rendah

HPV berisiko rendah biasanya tidak menyebabkan simptom.4 Kira-kira 90% ketuat di bahagian kelamin disebabkan oleh HPV jenis 6 dan 11 yang jarang menyebabkan kanser.3,4 Jenis HPV lain pula menyebabkan ketuat pada bahagian badan yang lain.4

HPV berisiko tinggi

HPV jenis berisiko tinggi sering dikaitkan dengan kanser serviks, faraj dan vulva dalam kalangan wanita, dan boleh meningkatan risiko kanser dubur atau zakar dalam kalangan lelaki.3 Kebanyakkan kanser yang berpunca daripada HPV adalah hasil jangkitan HPV jenis 16 and 18.3

HPV adalah jangkitan kelamin (sexually transmitted infection, STI) yang paling kerap berlaku di dunia. Kira-kira 80% daripada golongan lelaki dan wanita yang aktif secara seksual akan dijangkiti HPV pada satu ketika dalam hidup mereka.9 Walaupun jangkitan HPV dalam kalangan lelaki jarang berkembang sehingga menyebabkan kanser jika dibandingkan dengan wanita, pencegahan jangkitan HPV dalam kalangan lelaki akan mengurangkan risiko transmisi HPV kepada pasangan mereka.14

description

Ada soalan tentang HPV?

Dapatkan jawapan dan bimbingan daripada pengamal perubatan bertauliah

Kenali HPV

Di Malaysia, pravalens HPV di kalangan lelaki adalah sama tanpa kira usia.12 Di Malaysia, jenis HPV berisiko tinggi yang cenderung menjangkiti lelaki adalah HPV 16, 18, 45, 51 and 52.6,13

HPV berisiko tinggi boleh mengakibatkan beberapa jenis kanser dalam kalangan lelaki dan juga wanita.6,13

Langkah Pencegahan HPV

Lelaki boleh memainkan peranan penting dalam memerangi HPV. Ambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan risiko jangkitan HPV dan penyakit berpunca daripada HPV.

Vaksin HPV dapat bantu memberi perlindungan terhadap jenis HPV yang menyebabkan ketuat kelamin dan kanser tertentu.<sup>14</sup> Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia 9 tahun hingga dewasa berusia 45 tahun, dan ia paling berkesan apabila diambil sebelum pertama kali melakukan hubungan intim.<sup>3</sup>

Dapatkan vaksin HPV

Vaksin HPV dapat bantu memberi perlindungan terhadap jenis HPV yang menyebabkan ketuat kelamin dan kanser tertentu.14 Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia 9 tahun hingga dewasa berusia 45 tahun, dan ia paling berkesan apabila diambil sebelum pertama kali melakukan hubungan intim.3
Pada masa ini, CDC tidak mengesyorkan ujian rutin (yang juga dikenali sebagai 'saringan') untuk HPV dalam kalangan lelaki. CDC juga tidak mengesyorkan ujian rutin untuk lelaki bagi penyakit yang berpunca daripada HPV sebelum kemunculan sebarang tanda atau simptom. Rujuk kepada doktor jika anda mempunyai simptom atau bimbang tentang kanser akibat HPV.<sup>14</sup>

Pemeriksaan berkala

Pada masa ini, CDC tidak mengesyorkan ujian rutin (yang juga dikenali sebagai 'saringan') untuk HPV dalam kalangan lelaki. CDC juga tidak mengesyorkan ujian rutin untuk lelaki bagi penyakit yang berpunca daripada HPV sebelum kemunculan sebarang tanda atau simptom. Rujuk kepada doktor jika anda mempunyai simptom atau bimbang tentang kanser akibat HPV.14

Bincang dengan doktor anda hari ini

Bantu lindungi diri dan cegah penularan HPV

Hak Cipta © 2024 Merck & Co., Inc., Rahway, NJ, USA dan sekutunya. Semua hak terpelihara. MY-GSL-00532 Feb/2023
Laman Web ini adalah untuk penduduk Malaysia. Lawati laman Web Singapura.
facebookinstagramyoutube